Tuesday, April 14, 2009

FlashBack - Pantai Merdeka Ride 12/4/2009

Ahad 12/04/2009
Sejarah woooo....Tak pernah dalam hidup aku aku kayuh basikal ke Pantai Merdeka. Kali ni aku dapat invitation dari Pon HawkMTB..apa lagi aku yang kempunan nak kayuh ni, setelah seminggu tak berkayuh, pun tak dapat nak menolak panggilan tersebut, walaupun dalam hati kecut jugak...( boleh ka aku kayuh pi Pantai Merdeka ni??? ). Pagi Ahad tu lepaih hantar Asyraf ( anak lelaki aku la ) pi Akademi Bolasepak di Bandar Putra, aku terus siap pi tengok kot2 geng TSS ada kat gerai simpang tu..tengok tak dak pun..so, aku terus kayuh ke Dewan Millenium. Sekali...sampai kat DM aku tengok.....biaq betui!!!! geng KBCC dengan roadbike nyer...alamak betui ka ada MTB ride ni????? Lepaih tu aku round2 skit kat situ...malu la nak join roadies2 OTAI semua tu...nasib baik nampak Pon..lega skit.....Itulah yang baguihnya geng2 beskal ni, walapun tak pernah kenai, boleh jadi mcm dah lama kenai....Salute!!!!!!! Pyan balik kerja lalu dekat sini ( DM )...Tak meleleh ayaq lioq ka Pyan????Eh, Rizal pun ada ka? Rizal ni pernah kerja satu plant dengan aku di F..............cs..... Bertambah lega la aku......
OK lah check la gambaq2 ni semua.......( Pon, sori...ambik tanpa kebenaran..ada Copyright Control dak?? ) Aku ni masih lemah lagi dalam ambik gambar waktu ride ni.....nanti kalau cekap skit aku akan D/load banyak lagi la...
















Tu

dok tunggu nak start kayuh
















Lagi..........
















Dan Lagi.....




Pon HawkMTB










Ni waktu aku masih kuat lagi...boleh la dok di depan...konon!!!
















Bob..big size , tapi excellent energy...

Yang ni namanya Joe..nice person, tak cakap banyak.......













Dah sampai kat PM..tengok tu Megat Imran, baru 9 tahun ( sama ngan Asyraf )...aku kalah ngan Megat Imran ni.......kerana dia la Asyraf dok rajin simpan duit dalam tabung lar ni ..nak beli MTB..semangat anak jantan aku tu.....



















Tu dia gambaq aku ngan Pon..Terimakasih Pon sbb bersabaq dengan saya waktu ride ni.....

















PakKu dok sibuk ambik gambaq...PakKu ni baguih tau, waktu nak balik tu, aku dah rasa teruk sgt dah, tapi dia follow aku.....













Salah sorang otai...Megat..selalu dok ikut geng GGunung, ngan md noor dll










Bob, Mie BM & Pon Alya Corner

JJ ( kiri ) & Rizal

Otai2 beskal termasuk Pak Usop ( baju hitam tu.....dah 60 thn, tapi masih steady, kayuh jgn cakap la...baru ler kena dengan gelaran OTAI )

Finally, Pon lagi sekali Terimakasih untuk ride that day. Saya betul2 enjoy. Saya jugak dapat ramai kawan..best oooooo...

Wassallam.

Lagi Kayuhan Riadah Tikam Batu


KAYUHAN TIKAM BATU PADA 2HB. MEI 2009

Dapat invitation dari geng gerek batu Tikam Batu untuk menyertai kayuhan pada 2hb. Mei ni. Detail seperti berikut:

KAYUHAN RIADAH BUKIT JENARIS
Team “GEREK BATU”, Tikam Batu Sg. Petani, Kedah, bagi kali ketiganya dengan rendah hati menjemput semua rakan rakan rider MTB untuk kayuhan riadah mendaki bukit di Tikam Batu. Cabaran kali ini merupakan gabungan 3 bukit Berapit, Jenaris dan Merbau. Laluan hutan, dusun dan denai yang mencabar kekuatan mental dan keupayaan tenaga .Berkayuh dan tolak gerek sambil melihat alam semula jadi ciptaan Allah dan pemandangan indah bandar Sg. Petani dan Pulau Pinang dari puncak bukit. Dalam masa yang sama dapat berkenal mesra sesama MTB rider.Jom pakat pakat kayuh tanpa marshal, tanpa hadiah cuma kepuasan riadah dan kesegaran udara bukit.
Ini bukan pertandingan tapi kayuh slow rock jer. Jom Kayuh, anda mampu mengubahnya.
LOKASI : TIKAM BATU, SG. PETANI , KEDAH
TARIKH : SABTU 2 MEI 2009
MASA : Pendaftaran 7:30-8:00 kayuh
BERKUMPUL : Dataran Masjid Al Barakah, Kg. Masjid
TAHAP : RIADAH, XC TRAIL / HALANGAN
SITUASI : Hutan,Dusun, Denai, Uphill, Downhill
JARAK : +20 Km
KETINGGIAN : Max 200 METER
BAYARAN : RM5
Hubungi : Jasni Hp: 019-4729451 sahkan penyertaan anda sebelum 30 April

NASIHAT KESELAMATAN:
Berpakaian menutup aurat
Memakai kasut yg sesuai utk mendaki
memakai baju tangan panjang dan seluar panjang
akan membantu anda dari terkena gigitan pacat
dan geseran pokok mempelas
Memakai spek mata cerah membantu menjaga mata
dari bidasan ranting ranting kecil dan daun
Membawa ubatan perlu jika berlaku kecemasan .

Jom join ramai-ramai.....






Petikan Terjemahan Al Quran